USS Virginia
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas-Virginia |
Pembina: | Newport News Shipbuilding & Dry Dock Company |
Pengguna: | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Didahului oleh: | kelas California |
Diganti oleh: | kelas Ticonderoga |
Kos: | AS$675 juta (nilai dolar pada tahun 1990) |
Dibina: | 1972–1980 |
Ditauliahkan: | 1976–1998 |
Dirancang: | 11 |
Disiapkan: | 4 |
Dibatalkan: | 7 |
Dibersarakan: | 4 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Kruiser peluru berpandu |
Sesaran: |
|
Panjang: | 586 ka (179 m) oa. |
Lunas: | 63 ka (19 m) maks. |
Draft: | 32 ka (9.8 m) maks. |
Jana kuasa: | 2 x reaktor nuklear D2G General Electric, 2 x aci, 60,000 shp (45,000 kW) |
Halaju: | over 30 kn (56 km/j; 35 mph) |
Jarak: | Tiada had |
Anak kapal: | 39 pegawai, 540 lain-lain pangkat |
Sistem penderia dan pemprosesan: | |
Peperangan elektronik & pengumpan: | |
Persenjataan: |
|
Perisai: | 1 in (25 mm) Kevlar plastic armor installed around combat information center, magazines, and machinery spaces |
Pesawat yang dibawa: |
|
Kruiser peluru berpandu kelas-Virginia berkuasa nuklear juga dikenali dengan kelas CGN-38 merupakan satu siri empat buah kapal kruiser peluru berpandu berkuasa nuklear yang ditauliahkan bermula pada akhir tahun 1970an hingga 1980,[1] yang mana berkhidmat dalam Tentera Laut Amerika Syarikat sehingga akhir tahun 1990an. Kapal ini merupakan kelas kapal kruiser berkuasa nuklear terakhir yang disiapkan dan kapal terakhir yang dipesan sebagai sebuah kapal pembinasa di bawah sistem pengelasan semula sebelum tahun 1975.
Kapal-kapal dalam kelas ini secara relatifnya mempunyai jangka hayat perkhidmatan yang pendek. Ekoran pendorongannya yang menggunakan kuasa nuklear, ia sangat mahal untuk dioperasikan. Pada tahun 1994, apabila waktu untuk penukaran bahan api reaktor separuh hayatnya tiba, Belanjawan Kelulusan Pertahanan dibuat yang mana mengakibatkan potongan sebanyak 38% kepada belanjawan tentera laut, dibandingkan dengan belanjawan 1993. Kos sebanyak lebih AS$300 juta bagi setiap penukaran bahan api serta kerja-kerja naik taraf yang lain menjadikan kapal-kapal kelas ini menjadi sasaran mudah untuk dibersarakan. Setiap kapal kemudian mula dibersarakan bermula dengan Texas pada Julai 1993 dan berakhir dengan Arkansas pada tahun 1998. Setaip kapal melalui program kitar semula dan pelucutan tauliah kapal nuklear (kapal dan kapal selam).